BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Sunday, August 12, 2012

BISKUT DAHLIA

 SEBELUM D BAKAR

BISKUT SUDAH BAKAR

Biskut raya tahun 2012 yang kedua... biskut nie Qira tak tahu dari sumber mana tapi resepi pun tak susah  rasa pun ok... Kalau sesiapa nak cuba biskut nie bagi qira sedap..

BISKUT DAHLI
BAHAN:

600 gm tepung kastad
1/2 tin susu pekat F&N
1 sudu kecil esen vanilla
250 gm butter

CARA:
putar butter, susu pekat dan esen vanilla sehingga sebati kemudian masukkan masukkan tepung kastad.
bakar suhu 170'C selama 20 minit menggikut avon masing...

CORNFLAKES MADU



Salam semua sudah lama qira tidak entri bukan apa asyik masukkan gambar jualan aje, sempena bulan puasa nie bila lihat rakan-rakan blog buat biskut teringgin pulak  so qira cuba buat cornflakes madu resepi nya dari kak yati (sinar kehidupan) cornflakes madu nie memang sedap  tak rugi mencuba nya ye... kak yati qira copy resepi ye....

CORNFLAKES MADU
Sumber: kak yati (Sinar Kehidupan)
Bahan A
  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis (TIDAK MASUK)
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus
Hiasan
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil (QIRA LETAK COKLAT CHIP)
Cara-Cara
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.