BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Wednesday, July 21, 2010

PULUT INTI KELAPA & DURIAN

Pulut Inti Yang Telah Dibungkus

Pulut Inti Yang Belum Dibungkus

Pulut inti ye pagi nie... pulut nya saya kukus pagi tadi maklumla my hb nak makan intinya saya buat semalam mana nak sempat kalau semua nak buat pagi- pagi... maklumla pagi kan bz sikit biasa la nak layan anak nak pergi taska...

PULUT INTI KELAPA & DURIAN

Bahan-Bahannya:
3 cawan pulut (direndam 3 hingga 4 jam)
1 cawan pati santan
garam
1 biji kelapa putih
Gula Merah ( qira agak2 aje)
Gula Pasir (qira agak2 aje)
3 Helai daun pandan
3 ulas buah durian
1 sudu makan tepung gandum (nak kasi inti nie pekat sedikit)
daun pisang

Cara-Caranya
Inti :
Masak gula merah dgn daun pandan sehingga gula merah hancur kemudian tapis gula tadi masukkan dalam bekas lain, selepas itu masukkan isi durian, garam dan gula pasir kacau hingga sebati kemudian masukkan isi kelapa putih tadi setelah semuanya sebati kita masukkan tepung gandum supaya inti tue pekat sedikit.. akhir sekali biarlah inti itu masak...

Pulut :
Pati santan dimasukkan dgn sedikit garam.. kukus pulut yang kita rendam tadi selama 5 minit, kemudian keluarkan pulut dan gaul dgn pati santan dan kukus lagi sehingga 15 minit dan angkat dan dibungkus dgn daun pisang...

No comments:

Post a Comment