BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Saturday, October 23, 2010

KEK MARBLE SUSU

Kek yang telah dipotong

Kek yang baru di keluarkan dari loyang

Hari nie baru nak cuba kek marble susu yang diambil resipinya dari izahdaut.. emmm memang sedap kek nie lembut sgt nak potong pun susah sikit macam mana izah cakapkan... Apa pun kek nie menjadi bukan apa selalu buat kek tak menjadi kali nie jadi plak tue terkejut nie.. izah cakap resipi dari blog Cik Mat Gebu, Puan Norzalina, Mamafahmi dan Kak Yatie tapi saya copy resipi nie dari blog izah saya harap sesiapa punya resipi minta halal ye maklumla resipi orang kena la minta izin dulu nanti buat kali kedua takut tak menjadi pulak..

KEK MARBLE SUSU
SUMBER:Izahdaut

Bahan-Bahannya :-)
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

Friday, October 22, 2010

SPAGHETTI

Spaghetti yang siap untuk dimakan

kuah spaghetti

Spaghetti

Assalamualaikum... tgh hari nie malas nak masak cuma masak Spaghetti saja, Biasa la anak aku dah lama minta spaghetti tapi ibunya malas nak buat.. Tapi hari nie aku cuba juga buat spaghetti mudah dan campak2 saja..

SPAGHETTI

BAHAN KUAH
1 tin cendawan butang
1 tin prego traditional (Campbells)
1 biji bawang besar didadu
2 biji bawang putih dicincang
2 biji buah tomato didadu
3 batang sosej 'AYAMAS' dihiris nipis
sedikit daging cincang
1 Sudu kecil herba 'ITALIAN SEASONING'
minyak masak agak2 la

CARA
Tumis bahan seperti bawang putih dan bawang besar sehingga layu kemudian masukkan dagng cincang dan sosej sehingga masak.Selepas itu masukkan sos prego dan tambah sedikit air dan masukkan bahan lain seperti cendawan,buah tomato dan herba kemudian masak sehingga secukup rasa dan pekat sedikit, serta boleh dihidangkan.

Monday, October 18, 2010

SOTO

Tue dia Bihon Soto dgn rencahnya tapi kacang goreng terlupa la nak masukkan.. Apa pun Qira ucapkan pada nuanza kerana qira ambil dari resipi dia... nuanza minta halal ye resipi nie termasuk copy sekali.. Bila Qira cuba resipi nie memang sedap lain kali boleh buat lagi...

BIHON SOTO
SUMBER: NUANZA
Bahan2:
1 ekor ayam
1 bungkus mihun (dicelur)
20 ketul bergedel
3 tangkai daun bawang (dihiris)
3 tangkai daun sup (dihiris)
200 gm tauge
Garam & air secukupnya.

Bahan 1 Dikisar:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil lada putih
Sedikit lengkuas, halia & kunyit hidup
1 batang serai
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1/2 bungkus rempah sup

Bahan Sos Kicap:
15 biji cili padi
½ cawan kicap manis
1 sudu kecil gula pasir
1 ulas bawang putih
celurkan cili padi dengan kuah soto & kisar dengan bawang putih, campurkan kicap & gula)

Cara2:
Masukkan Bahan (1) dalam periuk yang berisi air secukupnya.
Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan ayam & rebus hingga empuk.
Angkat & toskan.
Kemudian siat-siatkan daging ayam ini.
Tulang-tulang ayam tadi dimasukkan ke dalam periuk rebusan.
Bubuh garam secukup rasa & biarkan merenih.
Apabila menghidang, masukkan sedikit mihun ke dalam mangkuk.
Bubuhkan isi ayam, bergedel, daun bawang, daun sup, bawang goreng & tauge.
Kemudian tuangkan kuah soto secukupnya & bubuhkan sos kicap.

BEGEDIL
Bahan-Bahan A (rempah tumbuk)
1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil ketumbar
8 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil garam (lebih elok garam kasar)
sedikit serbuk perisa (jika mahu)

Bahan-bahan B
200 gram Udang Basah (aku campur ayam separuh)
6-8 biji kentang sederhana besar
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar daun sup
2 sudu besar daun bawang
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak masak (untuk di sapu pada tangan ketika menguli nanti)

Bahan-Bahan C
1 biji telur
sedikit lada putih(sulah) - secukup rasa

Minyak untuk mengoreng kentang dan kemudian begedil (dalam setengah cawan)

Cara-cara Memasak
  1. Bahan-Bahan A ditumbuk hingga lumat. Ketepikan.

  2. Kentang di kopek kulit dan di potong serong (berbentuk "wedges").

  3. Goreng deep-fry hingga garing.

  4. Apabila mengangkat jangan toskan minyaknya, angkat terus kedalam mangkuk tahan panas.
    Minyak dari gorengan kentang tadi akan membantu dalam proses mengadun begedil itu nanti.

  5. Tumbuk kentang yang masih panas didalam lesung batu. Tidak mengapa jika masih ada bekas rempah tumbuk. Jangan gunakan food processor atau blender kerana kentang akan menjadi terlalu halus dan tidak sesuai dibuat begedil. Ketepikan.

  6. Udang dikopek kulit hingga bersih dan ditumbuk lumat. Boleh juga menggunakan food processor.

  7. Bahan A(rempah tumbuk) dan Bahan B disatukan di dalam mangkuk dan di gaul hingga semua bahan sebati menjadi doh menggunakan sudip kayu.

  8. Ambil sedikit minyak masak dan sapu pada tangan anda. Ini untuk mengelak dari doh melekat. Ambil sedikit doh (dalam satu sudu sup) dan bulat-bulatkan menjadi bentuk bulat kemudian di leperkan (supaya begedil masak, jika bulat dan tebal takut tidak masak).

  9. Setelah siap semua begedil di bentuk, ambil satu biji telur, di kacau hingga sebati bersama sedikit lada sulah.

  10. Panaskan kembali minyak di dalam kuali yang digunakan untuk mengoreng kentang tadi.
  11. Celup dan salutkan begedil dengan bancuhan telur tersebut.

  12. Api jangan terlalu besar supaya begedil tidak hangus. (aku guna api yg paling kecil) Goreng dalam 5-6 biji sahaja sekali mengoreng. Angkat dan toskan.

LAKSAM


Assalamualaikum .... Hai rakan-rakan blog dah lama saya tak N3 blog nie, biasala bila masak aje terlupa nak snap gambar, jadi tak bertambah la resepi kat sini... laksam nie saya buat minggu lepas lagi, resepi saya ambil dari M.Resipi Dari Yani... apa pun yani minta halal ye resepi nie ok, almaklumla malas nak taip so copy aje... minta halal sekali lagi ye yani terima kasih banyak2...

LAKSAM
SUMBER: YANI M.RESIPI
Bahan Laksam
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

bahan kuah

Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh

Sdkt halia

Sdkt bwg putih

Sdkt bwg merah/besar

Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok

Santan

Asam keping

Sdkt garam

Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam

timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)


Bahan cili

cili merah

belacan

garam

limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah garam sikit dan perahkan limau