BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Friday, March 25, 2011

CARROT KEK



Nie resepi kek carrot dari blog khai..... Qira berterima kasih kek nie memang sedap sangat apa pun khai qira minta izin copy resepi ye almaklumla malas nak menaipnya...

CARROT KEK
SUMBER : KHAISEDAP-SEDAPAN
Bahan2nya untuk kek:

250 gm mentega
1 mangkuk gula perang
5 biji telur (Gred A)
1 3/4 mangkuk tepung naik sendiri
3 cawan karot (diparut kasar)
1 cawan kacang badam ( dikisar kasar2)
..... kalau tak da kacang tu, kacang tanah pun boleh .....
2 sudu kecil soda baikarbonat - (Qira guna 1/2 sudu KFC aje)
1/2 cawan mix fruits
sedikit esen vanila


Bahan2 untuk Krim Keju (Cream Cheese):

500 gm cream cheese ( kalau boleh jenama Philadelphia Cream Cheese)
250 gm mentega
3 sudu besar gula aising

Cara2 membuat krim:
Satukan dan putar semua bahan2 diatas dalam mixer sehingga kembang (putih). Setelah itu boleh disapukan pada kek tadi.

Cara2 membuat kek:
  • Panaskan ketuhar anda dahulu dengan suhu 175'C. (Kepanasan ini mengikut ketuhar masing2 ok)
  • Putarkan mentega dan gula dalam mixer sehingga kembang (putih).
  • Kemudian masukkan serbuk penaik dan soda baikarbonat dan putar lagi.
  • Setelah semuanya sebati masukkan pula telur dan tepung gandum berselang seli. Putar lagi. Kemudian masukkan telur dan tepung lagi sehingga habis dan kacau lagi sehingga sebati. Setelah sebati masukkan esen vanila dan kacau lagi.
  • Setelah itu masukkan karot yang diparut tadi, kacang badam dan kismis dan kacau sehingga semua tergaul rata.
  • Sediakan loyang 4 segi berukuran 8"x8". Alas loyang anda dengan kertas minyak. (Alas tapak dan dinding loyang supaya kek senang dikeluarkan selepas masak).
  • Setelah itu masukkan adunan kek tadi kedalam loyang dan bakar selama 45 minit hingga 1 jam. Setelah 45 minit keluar kek dan ambil lidi sate, cucuk ditengah kek. Kalau semasa menarik lidi sate itu tadi adunan kek masih melekat lagi pada lidi bakar lagi selama 15 minit. Setelah 15 minit cucuk lagi tengah kek tu kalau adunannye tak melekat lagi pada lidi, boleh lah dikeluarkan dan disejukkan untuk disapukan krim keju tadi. Keluarkan dari loyang dan sejukkan diatas redai selama 1 jam.
Cara menyapukan krim keju tadi pada kek:

Letakkan kek karot diatas pinggan. Ambil kek tadi dibelah dua. Jadi kita akan dapat 2 lapisan kek. Setelah itu sapukan krim tadi pada satu lapisan kek tadi dan ratakan. Ambil satu lapisan kek tadi dan letakkan diatas kek yang disapukan krim tadi. Setelah itu habiskan krim tadi dengan menyapu semua krim itu di sekeliling dan diatas kek tadi. Hiaslah mengikut citarasa anda semua.
Setelah itu masukkan kedalam peti sejuk selama 20 minit. Selepas 20 minit bolehlah dipotong dan dihidangkan mengikut citarasa anda semua.
Selamat mencuba .........

No comments:

Post a Comment