BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Monday, October 18, 2010

SOTO

Tue dia Bihon Soto dgn rencahnya tapi kacang goreng terlupa la nak masukkan.. Apa pun Qira ucapkan pada nuanza kerana qira ambil dari resipi dia... nuanza minta halal ye resipi nie termasuk copy sekali.. Bila Qira cuba resipi nie memang sedap lain kali boleh buat lagi...

BIHON SOTO
SUMBER: NUANZA
Bahan2:
1 ekor ayam
1 bungkus mihun (dicelur)
20 ketul bergedel
3 tangkai daun bawang (dihiris)
3 tangkai daun sup (dihiris)
200 gm tauge
Garam & air secukupnya.

Bahan 1 Dikisar:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil lada putih
Sedikit lengkuas, halia & kunyit hidup
1 batang serai
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1/2 bungkus rempah sup

Bahan Sos Kicap:
15 biji cili padi
½ cawan kicap manis
1 sudu kecil gula pasir
1 ulas bawang putih
celurkan cili padi dengan kuah soto & kisar dengan bawang putih, campurkan kicap & gula)

Cara2:
Masukkan Bahan (1) dalam periuk yang berisi air secukupnya.
Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan ayam & rebus hingga empuk.
Angkat & toskan.
Kemudian siat-siatkan daging ayam ini.
Tulang-tulang ayam tadi dimasukkan ke dalam periuk rebusan.
Bubuh garam secukup rasa & biarkan merenih.
Apabila menghidang, masukkan sedikit mihun ke dalam mangkuk.
Bubuhkan isi ayam, bergedel, daun bawang, daun sup, bawang goreng & tauge.
Kemudian tuangkan kuah soto secukupnya & bubuhkan sos kicap.

BEGEDIL
Bahan-Bahan A (rempah tumbuk)
1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil ketumbar
8 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil garam (lebih elok garam kasar)
sedikit serbuk perisa (jika mahu)

Bahan-bahan B
200 gram Udang Basah (aku campur ayam separuh)
6-8 biji kentang sederhana besar
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar daun sup
2 sudu besar daun bawang
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak masak (untuk di sapu pada tangan ketika menguli nanti)

Bahan-Bahan C
1 biji telur
sedikit lada putih(sulah) - secukup rasa

Minyak untuk mengoreng kentang dan kemudian begedil (dalam setengah cawan)

Cara-cara Memasak
  1. Bahan-Bahan A ditumbuk hingga lumat. Ketepikan.

  2. Kentang di kopek kulit dan di potong serong (berbentuk "wedges").

  3. Goreng deep-fry hingga garing.

  4. Apabila mengangkat jangan toskan minyaknya, angkat terus kedalam mangkuk tahan panas.
    Minyak dari gorengan kentang tadi akan membantu dalam proses mengadun begedil itu nanti.

  5. Tumbuk kentang yang masih panas didalam lesung batu. Tidak mengapa jika masih ada bekas rempah tumbuk. Jangan gunakan food processor atau blender kerana kentang akan menjadi terlalu halus dan tidak sesuai dibuat begedil. Ketepikan.

  6. Udang dikopek kulit hingga bersih dan ditumbuk lumat. Boleh juga menggunakan food processor.

  7. Bahan A(rempah tumbuk) dan Bahan B disatukan di dalam mangkuk dan di gaul hingga semua bahan sebati menjadi doh menggunakan sudip kayu.

  8. Ambil sedikit minyak masak dan sapu pada tangan anda. Ini untuk mengelak dari doh melekat. Ambil sedikit doh (dalam satu sudu sup) dan bulat-bulatkan menjadi bentuk bulat kemudian di leperkan (supaya begedil masak, jika bulat dan tebal takut tidak masak).

  9. Setelah siap semua begedil di bentuk, ambil satu biji telur, di kacau hingga sebati bersama sedikit lada sulah.

  10. Panaskan kembali minyak di dalam kuali yang digunakan untuk mengoreng kentang tadi.
  11. Celup dan salutkan begedil dengan bancuhan telur tersebut.

  12. Api jangan terlalu besar supaya begedil tidak hangus. (aku guna api yg paling kecil) Goreng dalam 5-6 biji sahaja sekali mengoreng. Angkat dan toskan.

LAKSAM


Assalamualaikum .... Hai rakan-rakan blog dah lama saya tak N3 blog nie, biasala bila masak aje terlupa nak snap gambar, jadi tak bertambah la resepi kat sini... laksam nie saya buat minggu lepas lagi, resepi saya ambil dari M.Resipi Dari Yani... apa pun yani minta halal ye resepi nie ok, almaklumla malas nak taip so copy aje... minta halal sekali lagi ye yani terima kasih banyak2...

LAKSAM
SUMBER: YANI M.RESIPI
Bahan Laksam
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

bahan kuah

Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh

Sdkt halia

Sdkt bwg putih

Sdkt bwg merah/besar

Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok

Santan

Asam keping

Sdkt garam

Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam

timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)


Bahan cili

cili merah

belacan

garam

limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah garam sikit dan perahkan limau

Monday, September 20, 2010

RAYA 2010

AYAH DAN BONDA

KELUARGA TERCINTA



HASBULLAH, FAEZAH,FAKIROH,FAUZANA,FATIMAH & FATIN FATIHAH


ZULKIFLI, FATIMAH DAN HAIKAL (ANAK )

TARMIZI, FAUZANA DAN NURUL IZZATI (ANAK)

RUZAIMI, AKU, SYAZRIEL DAN DANIA (ANAK)

ZAMRI, FAEZAH, INTAN SYAFINAZ DAN HAFIZ(ANAK)


Assalamualaikum semua ..... hari nie baru nak masukkan apa2 yang patut maklumlah terlampau bz... Nie plak gambar2 raya untuk 10/9/2010...

Tuesday, August 31, 2010

BISKUT COKLAT CHIP




Assalamualikum..
Nie projek cuti semalam kukis yang paling senang dan sedap... nie resipi kak liza yang kita semua kenal... apa pun kak liza qira minta halal resipi ini ok... Moga pahala dan rezeki kak liza bertambah.. Kak liza qira copy resipi ini ok...

BISKUT COKLAT CHIP
Sumber:Hanieliza

Bahan A

250 g butter (qira tak guna majerin)
1 sudu besar shortening

160 g gula halus

1 biji kuning telur

1 s/k esen vanilla


Bahan B [gaul rata]


230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]

50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara .
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara
.

PUDING JAGUNG



Ha ini puding jagung yang qira dapat dalam blog mana tah...tapi memang sedap dan secukup rasa... sebelum qira letak resipi nie qira minta halal dan izin kan ye... moga bertambahlah pahala kepada pemilik resipi ini ye ...

PUDING JAGUNG
Sumber: Dah Lupa

BAHAN
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis (Krim Stail)
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

CARA
Campur semua tepung kastad, gula jagung, susu dan air. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana sehinggs sebati.
Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan bolehlah dihias..

Thursday, August 5, 2010

Kek Coklat




Kek Coklat lagi... Nie kek coklat yang di tempah oleh Kak AZIZAH.. Maklumla malam nie kata maknya nak datang so Kak AZIZAH tempah la kek coklat nie untuk jamu selera... TQ KAK AZIZAH lain kali kalau sedap boleh la tempah lagi noh...

Wednesday, August 4, 2010

Kek Brithday



Assalamualaikum semua ahli blog... Ini kek yang dioder oleh kakak (Jamilah) Pada hari sabtu 31/7/2010 untuk anak dia AYUNI DAN IMAN sedap namanyakan... Moga anak akak Jamilah suka dgn kek yang tak beberapa nie K.... lain kali boleh la oder lagi...