BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Tuesday, December 28, 2010

LEMAK KETAM



Assalamualaikum.... nie masak lemak ketam dgn nenas.... fulamak sedap ooooo.....

LEMAK KETAM
Bahan-Bahan
3 ulas bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
1 batang serai
7 biji cili padi* (*bahan di blande)
1 biji kelapa
1 helai daun kunyit
3 ekor ketam di belah 2
1 biji nenas agak2 nak banyak mana
garam dan serbuk perasa

Cara
Masukkan bahan yang telah diblande kemudian masukkan pati santan, serai, ketam dan nenas kemudian masakla sehingga masak..... kemudian masukkan bahan perasa, garam dan daun kunyit yang telah dirincit halus2... Akhirnya bolehla dihidangkan....

Thursday, December 23, 2010

NASI GORENG IKAN KEMBONG





Assalamualaikum semua... nie menu semalam biasala malas masak so jadila nasi goreng ikan kembong nie.... Nasi goreng nie biasa-biasa aje tapi sedap kena pulak ikan kembong goreng bodoh nie, Maksud goreng bodoh tue goreng gaul dgn kunyit dan garam aje..... janji anak-anak d kenyang suami pulak gembira itu yang penting.....

Tuesday, December 21, 2010

AWARD DARI AYU (CITARASA RINDUAN)

Qira ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ayu kerana sudi kasi award pada Qira..... Rasa terharu sangat maklumla ada juga award yang rakan blog kasi.... Serta Qira jawap sekali tag ye walaupun tag yang dijawab tak seberapa.......

1.Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda.
Saya belajar memasak yang betul2 mahir selepas kahwin..... Itu pun suami suka makan dirumah......

2.Sapa yang menggalakkan anda masak.
Mak yang selalu suruh masak...... Tetapi bila dah dirikan rumahtangga nie diri sendirila nak mencuba resipi di blog rakan2....

3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda.
Paling saya suka masak seperti kek dan kuih...... Lauk yang paling saya gemari biasa la kari ikan.......

4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.. hihi jgn mare er.. hikhik


1. Izah Muffin Lover

2. kak yatie (Sinar kehidupan)

3. Lynrosly

4. Khai

5. Maz

Giveaway: Jumlah RM coklat bernilai?

Hari nie qira cuba aje teka mana la tahu rezeki qira pulak noh....
HARGA :RM54.50

Sunday, December 19, 2010

CUP CAKE COKLAT


Nie resepi yang sama cuma qira buat cupkek biasala comel2 senang nak makan....

KEK COKLAT



Assalamualaikum semua nie resepi dari MR.... Biasa la kita nak mencuba resepi baru nampak resepi nie ramai yang dah mencuba apa lagi kita cubala.... kek coklat nie memang sedap sangat..... resepi nie qira buat dua adunan..... Nie resepi tuan punya asal minta halal ye resipi nie ok.......

KEK COKLAT
sumber:Fendi75(myresepi)

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Thursday, December 16, 2010

ASAM PEDAS IKAN PARI



ASAM PEDAS IKAN PARI

BAHAN (A)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit belacan
10 biji cili kering
1/2 inci kunyit hidup


BAHAN (B)
1 Batang serai dititik
Ikan Pari
Air Asam Jawa


BAHAN (C)
Daun kesum
Bunga Kantan.

Garam dan serbuk perasa

CARA
1. Blander Bahan (A), Kemudian Tumis dgn Minyak sehingga Hilang Bau cili, Kemudian masukkan air asam jawa dan bahan (B)......
2. Apabila semua dah ok masukkan bahan (C) dan bahan perasa.....
3. Akhir sekali bila masak bolehla dihidangkan.....

Sunday, December 12, 2010

JEMPUT-JEMPUT PISANG EMAS


Malam nie makan jemput2 pisang aje maklumla malas nak masak .... Lagi pun baru aje beli pisang emas, apa lagi terfikir nak makan cucur.... Tue yang masak jemput2 pisang..... Sempat snap sekeping aje gambar maklumla anak dah nak makan..... Resepi dia senang aje....

JEMPUT-JEMPUT PISANG EMAS

Bahan-Bahannya..

Pisang emas
Tepung Beras
Tepung Gandum
Garam
Minyak Masak (untuk mengoreng)

Cara
Pisang di hancurkan kemudian masuk bahan diatas kecuali minyak.... kemudian goreng dan boleh la di hidangkan.....

Saturday, December 11, 2010

TEMPAHAN KEK DARI WAN AITUN






..... CUPCAKE PULAK 100 BIJI .....



......KEK INI SEBANYAK 600 PEKET.....

Assalamualaikum..... Inilah kek Tempahan dari wan Aitun untuk majlis Bantuan Baik pulih Bangunan Sek Men Agama Ihsaniah, Belantik, Sik Kedah......
Qira harap Wan Aitun tak menyesal ye, harap-harap lain kali bolehla oder lagi........

Wednesday, December 8, 2010

GATHERING X SMVPL

















Assalamualaikum dah lama tak masuk blog maklumlah bz sesangat.... Nie Gathering X SMVPL Tahun 1996..... Adala sedikit sebanyak gambar kawan-kawan lama yang Qira ambilkan........ gathering nie buat di Restoran Pati Bungsu Batam, Nasi Padang Lorong Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur........ Menu tak sempat nak snap maklumla sibuk berborak, Biasala dah lama tak berjumpa......... Gathering nie memang seronok lain kita buat lagi ye..........

Sunday, December 5, 2010

MYDIN MALL


..... suka ye anak ibu naik beruang nie ye....










Assalamualaikum.... Semalam pergi ke Mydin Mall biasala jalan-jalan cuci mata apa lagi tertiba aje bila sampai terlihat Ziana Zain jadi juri apa lagi snap aje la gambar dia dari jauh.... Ziana memang cantik maklumla artis .......... Disamping itu juga Qira snap sekali gambar anak2 Qira yang macam-macam kerenah....

Friday, December 3, 2010

TEMPAHAN KEK MARBLE DARI KAK IDA



Ini kek tempahan dari kak Ida....... Terima Kasih Kak Ida kerana sudi tempah kek dari Qira nie..... Kek Ini kak ida Tempah untuk hari jadinya...... Kak ida Lain Kali boleh la Tempah lagi ye..........