BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Friday, October 7, 2011

Tepung Bungkus

TEPUNG BUNGKUS YANG TELAH DIKUKUS

TEPUNG BUNGKUS YANG BELUM DIKUKUS


ISI TEPUNG BUNGKUS

INTI TEPUNG BUNGKUS

CARA MEMBUAT INTI

DAUN PISANG

INTI KELAPA


Assalamualaikum dah lama qira tak aktifkan blog nie bukan apa cuma malas aje... tapi blog qira sentiasa buka cuma malas nak edit kan gambar...
Nie Tepung Bungkus yang dibuat oleh mak qira.... maklumla orang tua-tua buat resepi main agak-agak aje tak ada sukatan yang tepat apa pun qira pamerkan gambar aje ye.....

Friday, March 25, 2011

CARROT KEK



Nie resepi kek carrot dari blog khai..... Qira berterima kasih kek nie memang sedap sangat apa pun khai qira minta izin copy resepi ye almaklumla malas nak menaipnya...

CARROT KEK
SUMBER : KHAISEDAP-SEDAPAN
Bahan2nya untuk kek:

250 gm mentega
1 mangkuk gula perang
5 biji telur (Gred A)
1 3/4 mangkuk tepung naik sendiri
3 cawan karot (diparut kasar)
1 cawan kacang badam ( dikisar kasar2)
..... kalau tak da kacang tu, kacang tanah pun boleh .....
2 sudu kecil soda baikarbonat - (Qira guna 1/2 sudu KFC aje)
1/2 cawan mix fruits
sedikit esen vanila


Bahan2 untuk Krim Keju (Cream Cheese):

500 gm cream cheese ( kalau boleh jenama Philadelphia Cream Cheese)
250 gm mentega
3 sudu besar gula aising

Cara2 membuat krim:
Satukan dan putar semua bahan2 diatas dalam mixer sehingga kembang (putih). Setelah itu boleh disapukan pada kek tadi.

Cara2 membuat kek:
  • Panaskan ketuhar anda dahulu dengan suhu 175'C. (Kepanasan ini mengikut ketuhar masing2 ok)
  • Putarkan mentega dan gula dalam mixer sehingga kembang (putih).
  • Kemudian masukkan serbuk penaik dan soda baikarbonat dan putar lagi.
  • Setelah semuanya sebati masukkan pula telur dan tepung gandum berselang seli. Putar lagi. Kemudian masukkan telur dan tepung lagi sehingga habis dan kacau lagi sehingga sebati. Setelah sebati masukkan esen vanila dan kacau lagi.
  • Setelah itu masukkan karot yang diparut tadi, kacang badam dan kismis dan kacau sehingga semua tergaul rata.
  • Sediakan loyang 4 segi berukuran 8"x8". Alas loyang anda dengan kertas minyak. (Alas tapak dan dinding loyang supaya kek senang dikeluarkan selepas masak).
  • Setelah itu masukkan adunan kek tadi kedalam loyang dan bakar selama 45 minit hingga 1 jam. Setelah 45 minit keluar kek dan ambil lidi sate, cucuk ditengah kek. Kalau semasa menarik lidi sate itu tadi adunan kek masih melekat lagi pada lidi bakar lagi selama 15 minit. Setelah 15 minit cucuk lagi tengah kek tu kalau adunannye tak melekat lagi pada lidi, boleh lah dikeluarkan dan disejukkan untuk disapukan krim keju tadi. Keluarkan dari loyang dan sejukkan diatas redai selama 1 jam.
Cara menyapukan krim keju tadi pada kek:

Letakkan kek karot diatas pinggan. Ambil kek tadi dibelah dua. Jadi kita akan dapat 2 lapisan kek. Setelah itu sapukan krim tadi pada satu lapisan kek tadi dan ratakan. Ambil satu lapisan kek tadi dan letakkan diatas kek yang disapukan krim tadi. Setelah itu habiskan krim tadi dengan menyapu semua krim itu di sekeliling dan diatas kek tadi. Hiaslah mengikut citarasa anda semua.
Setelah itu masukkan kedalam peti sejuk selama 20 minit. Selepas 20 minit bolehlah dipotong dan dihidangkan mengikut citarasa anda semua.
Selamat mencuba .........

Thursday, March 24, 2011

HAPPY BIRTHDAY INTAN SYAFINAZ YANG KE 13THN

KEK UNTUK INTAN SYAFINAZ YANG KE13 THN

KEK UNTUK SYAZRIEL DAN HAFIZ












Assalamualaikum... nie pulak gambar ketika hari jadi intan yang ke13thn itu pun pada 20/03..... Baru hari nie nak masukkan gambar.....kek tu qira buat dua biji maklumla dalam majlis itu ada pengacaunya, biasa la tak lain tak bukan anakku dan anak buahku yang sebaya dgn anakku namanya syazriel dan hafiz..... jamuan petang tue rigan2 aje maklumla buat majlispun kecil-kecilan nie bermula pada pukul 3.ooptg..... makanan yang dimasak oleh faezah memang sedap maklumla orangnya yang pakar masak... Kalau sapa-sapa yang nak tempah kuih2 boleh tempah kepadanya.....

Thursday, March 3, 2011

PASTA




Assalamualaikum semua... Dah lama Qira tak masukkan gambar maklumla sekarang nie tgh alah..... nie makanan yang di minta oleh anak terunaku nak makan pasta, jadi aku hentam aje la maklumla ibunya pun bukan pandai sangat masak2 ala- ala barat nie.... janji habis dimakan oleh anak ku...... resepi bukan tak nak kasi tapi maklumla Qira nie hentam aje apa yang ada kat rumah...

Friday, February 11, 2011

MUFFIN OREN POPPISEED


Selamat pagi semua hari nie saya teringgin nak makan muffin so stok dalam almari pun ada apa lagi buat la..... lagi pun sebelum nie ternampak resepi nie dalam blog kak liza kitala yang terkenal tue.... resepi pun Qira ambil dari kak liza maklumla kalau nak cuba sendiri takut tak sedap pulak muffin oren nie.... Kak liza Qira minta copy resepi ye dan minta halal.....

MUFFIN OREN & POPPISEED

Bahan A
500 gm muffin ready mix oren & poppiseed
200 gm tepung naik sendiri [ayak]

Bahan B
4 biji telur [pukul sedikit]
180 gm minyak
280 ml jus oren- (Qira ganti dgn susu cair)

Cara
1. Panaskan oven 190'C [api atas bawah] selama 15 minit.
2. Masukkan bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk bahan A dan adunkan sebati dengan whisker atau senduk kayu.
4. Alaskan muffin tray dengan kertas muffin saiz medium.
5. Masukkan adunan anggaran 45 gm [ hampir penuh] dalam kertas muffin.
6. Bakar selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

Wednesday, February 2, 2011

MAJLIS HI-TEA





























Nie gambar Hi-Tea yang dah lama maklumla saya nie tak sempat nak masukkan gambar biasala bz, baru hari nie nak masukkan.... Hi-Tea nie sekali anugerah yang berhikmat 10tahun dan 15Tahun... Ala-ala arab sikit Tema Hi-Tea nie tue ramai yang memakai jubah nie... kalau nak lebih2 maklumla tak biasa, Saya pun dah tua kasi ajela anak-anak muda yang bergaya noh...... ok la setakat nie aje coretan yang bukan2 nie....