BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Thursday, December 2, 2010

DONAT KENTANG

DONAT YANG DAH LETAK GULA

DONAT YANG BELUM LETAK GULA


Donat kentang oh Donat kentang.... Donat kentang nie yang semalam punya tapi tak beberapa jadi maklumla tak paka membuat donat...... Resipi nie saya dapat dari ilham dapur cantik aje Donat yang maz buat, bukan apa maz kan paka membuat donat..... Maz Qira nak minta copy resipi donat kentang nie ok... Bukan apa untuk rujukan pada masa akan datang....... Lagi satu Qira nak minta Halal resepi ok.........

DONAT KENTANG
Sumber:Ilham Dapur (MAZ)

Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 2 cawan tepung gandum (-/+)
  • 1/2 cawan air suam* (-/+)
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar minyak sayur (kita guna sunflower)
  • 2 sudu besar gula*
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 3-4 sudu besar kentang rebus yang dilecek
  • gula secukupnya (untuk salut pada donat)
  • minyak secukupnya untuk mengoreng
Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit) kemudian masukkan minyak sayur, kacau sebati. Kemudian masukkan kentang yang dilecek tadi. Kacau sekata

2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras (kalau tepung lebih, ketepikan). Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (kalau lembik, tambah tepung sikit-sikit je).

3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit atau doh naik 1x ganda. Kemudian amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk-tumbuk sedikit.

4. Tabur sedikit tepung pada loyang atau bekas besar. Ambil doh tadi dan bulat-bulatkan sebesar bola ping pong. Kemudian susun dalam loyang, buat sampai habis dan rehatkan doh yang telah dibulatkan tadi seketika, lebih kurang 10-15 minit.

6. Panaskan minyak (guna api perlahan). Ambil doh bebola tadi dan buat lubang ditengahnya dengan tarik guna ibu jari kemudian goreng sambil simbah minyak keatas donat yang digoreng (tujuannya agar donat jadi gebu dan kembang). Goreng sehingga berwarna sedikit kekuningan.

8. Angkat dan bolehlah digolek atau tabur donat tadi dengan gula. Siap...

Giveaway: Jumlah RM coklat bernilai?

Hari nie saje je qira teka mana tahu kalau ada rezeki dapat hadiahkan.....
HARGA :RM54.55

Wednesday, December 1, 2010

AWARD DARI LINROSLY'S


Terima kasih kerana kak lynn sudi memberi "BEST BLOG" pada Qira, Blog yang tak sampai setahun jagung nie.... banyak lagi yang harus Qira pelajari daripada blog-blog yang lagi menarik dan terkenal.... Dgn Award yang Qira dapat nie sekali lagi qira berterima kasih pada blog LinRosly's Gallery dan disamping itu juga Qira ucapkan juga pada KhaiSedap-Sedapan,
Kerana khai juga la yang banyak membantu Qira dari segi membaiki blog..... sapa2 nak melihat blog khai boleh la juga klip pada nama dan blog khai...

Tuesday, November 30, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ... ' BEN ASHAARI '


SELAMAT HARI LAHIR KEPADA BEN ASHAARI YANG KE 34

'BEN ASHAARI'


Assalamualaikum......... hari ini genap la 34 tahun blogger yang terkenal nie....... kalau siapa yang tak kenal rugi besar......... Apa pun qira ucapkan kepada BEN Selamat Hari Lahir, moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, dan bahagia kehingga akhir hayat........
SELAMAT HARI LAHIR ..... BEN ASHAARI!!!!!

Sunday, November 28, 2010

KEK MARBLE ll



Assalamualaikum... ha ha ha ha nie kek yang qira buat, bukan apa terasa nak makan kek marble nie so, apa lagi terus buat aje......nie resipi yang biasa qira buat.....kalau sapa2 nak makan singgah la rumah qira nie...... Dan Ambil resipi dan buat ye....

Thursday, November 25, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !


SAYA SUKA BLOG AWAK LA!


Assalamualaikum semua rakan-rakan blog, pertama kali Qira ingin mengucapkan terima kasih pada Ben Ashaari kerana sudi mengajar ahli baru memperkenalkan blog.......... Qira Harap blog Qira ini juga ada pengunjung atau pembacanya setiap hari..........

Semenjak Qira memperkenalkan kelima-lima blog ini banyak yang berubah dalam diri Qira daripada tidak pandai memasak sehinggalah tahap ini.... Dari setiap blog ini lah Ilmu-Ilmu dan tips-tips yang berguna yang Qira perolehi.....


SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG: Semua orang dah kenal, siapa yang tak kenal blog yang banyak resipi yang di perbagaikan tak lain tak bukan Cik Mat Gebu

Saya harap dengan entri baru ini, ramai lah pengunjung setiap hari......
sekian Wassalam........

Wednesday, November 24, 2010

AWARD DARI IZAHMUFFIN

TERIMA KASIH PADA IZAH MUFFIN


Terima kasih pada Izah kerana sudi kasi pada Qira Award "SO CANTIK" Dengan adanya award nie semangat lagi la nak cantikkan blog ini....... Terima Kasih juga pada rakan Blog yang dapat award yang sama ......