BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Monday, November 1, 2010

APAM SALJU

APAM YANG BELUM DILETAK KELAPA

APAM YANG SUDAH LETAK KELAPA

Apam lagi.. sebenarnya apam salju nie dah lama dalam simpanan, punya la bz tue tak sempat nak masuk dalam blog.. resipi nie qira dapat dalam blog kak yati, sebelum qira berceloteh panjang2 qira ucapkan terima kasih kerana memberi resipi yang mudah dan sedap pulak apamnya, Tetapi biasala tuan punya resipi cantik aje apam, qira punya apam tak seberapa janji sedap... kak yati qira copy resipi nie dan minta halal....

APAM SALJU
Sumber: kak yati (sumber kehidupan)
Bahan-bahannya.


2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar -(Qira Tak letak)
3/4 cwn gula pasir-(Qira ganti 1 cawan gula pasir)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

2 comments:

  1. rajinnya Qira buat apam..nampak cantik jadinya..

    ReplyDelete
  2. Salam Qira,
    Cantik menawan apam2 mu itew....suka tngk apam salju yg ceria...nape tak beritahu awal2 Qira wat apam ni..kalau tak akak dtng cepat, boleh merasa..hi3...

    ReplyDelete