BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Saturday, November 20, 2010

APAM SALJU lll


oooo......... Asyik apam aje nie dah kali ke3 qira buat Apam salju nie tapi biasa la nie warna merah hati pulak....... nie projek hari sabtu, baru hari nie nak masukkan gambar.... resepinya......

APAM SALJU
Sumber: kak yatie (sumber kehidupan)

Bahan-bahannya.
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar -(Qira Tak letak)
3/4 cwn gula pasir-(Qira ganti 1 cawan gula pasir)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

2 comments:

  1. salam .kalu nak jadi merah tu buh pewarna merah je la ek ?

    ReplyDelete
  2. zana..
    memang betul la zana, kalau nak jadi merah taruk aje pewarna merah k.k.itu la cara yang qira buat...

    ReplyDelete