BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Wednesday, November 17, 2010

HIDAGAN RAYA AIDILADHA


RENDANG TOK
Sumber:Kak Liza(hanieliza)

Bahan

1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak suka..
3 s/b gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan mesin
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih
1 s/b lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas

Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
5. Hidangkan.



KEK MARBLE TRIO
Sumber:Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)

300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*- Qira Tak letak ganti (50ml susu cair)
20 ml air*(*disatukan)-Qira tak letak.
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


Ketupat kakak yang tolong buatkan, qira cuma tolong balut aje....

DALCA

Bahan2
1 Bungkus rempah kari daging
3 cwn santan
kulit kayu manis
bunga lawang
2 biji terung bulat
12 btg kacang panjang
1/2 cwn kacang Dall
2 btg carrot
2 biji ubi kentang
sedikit daging dan sedikit ayam
3 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
Daun kari
Garam

Cara2
Seperti biasa tumis bawang, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga garing.. Kemudian tumiskan rempah daging tadi sehingga naik minyak selepas itu masukkan kacang dall dgn ubi kentang dan daging dan ayam masak sehingga masak sedikit sehingga air daging dan ayam kering selapas itu masukkan santan... agak dah lembut sedikit masukkan bahan2 sayur dan garam dan boleh dihidangkan......




AYAM MASAK MERAH
Sumber:Kak hanieliza

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat


NASI TOMATO
Sumber: Kak Hanieliza

Bahan-Bahan:

5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..


Selamat hari raya Aidiladha kepada semua ye.....Nie hidangan untuk raya semalam,Baru hari ini aku nak masukkan.. kebanyakkan makan di sini dari blog k.hanieliza dan Cik Mat Gebu.... semua masakkan yang qira buat semua kata sedap.... yang paling qira suka kek marble trio tue memang lembut lembab dan sedap....... Sebelum qira tamatkan kata2 qira nak minta Tuan2 yang punya resipi minta tolong halalkan ye......Qira copy sekali resipi........ Akhir sekali terima kasih banyak2 kepada tuan punya resipi..........

4 comments:

  1. Salam Qira,
    Salam Aidiladha utk Qira sekeluarga...sedapnya tngk menu pagi raya....ceria2 selalu..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah Qira .... wahhhh sekarang ni dah maju dah ..... banyak menu yang Qira masak untuk hari raya ni buat anak2 dan suami tercinta ye ..... saya suka lah tengok blog Qira sekarang .... TAHNIAH dan Selamat Hari Raya Aidil Adha ....

    ReplyDelete
  3. Kak Yatie,
    Ala akak qira masak biasa2 aje maklumla anak dan suami nak makan...

    khai
    Kena la maju sikit baru rakan nak kunjung blog kita....ala khai qira masak biasa2 aje la...

    ReplyDelete
  4. Hehehhh..Norry dah berapa kali try balut ketupat kat umah mertua kelantan tapi fail

    ReplyDelete