BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Friday, November 12, 2010

Tat Gulong

Biskut untuk raya haji nie... ok tak biskut nie, biskut nie baru semalam buat biasa la kan dah tak berapa hari lagi nak sambut raya......Almaklum nie percubaan resipi kak liza yang terkenal tue la.. memang sedap tat nie, lagi sekali qira minta halal resipi ye, kerana telah mencuba dan copy resipi..

TAT GULUNG
SUMBER:HANIELIZA (KAK LIZA)
Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas.. (qira beli siap)
boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula
Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, November 11, 2010

APAM SALJU II


Semalam aku buat lagi Apam Salju nie memang menjadi cuma apam salju nie tak taruk warna aje.... tue nampak sejuk aje, memang sedap Apam nie dan senang buat.... Rakan Blog jgn boring pulak ye asyik jln aje blog qira asyik apam aje, Selagi tak jemu dgn apam... Apam oh Apam..

APAM SALJU
Sumber: kak yatie (sumber kehidupan)

Bahan-bahannya.

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar -(Qira Tak letak)
3/4 cwn gula pasir-(Qira ganti 1 cawan gula pasir)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Wednesday, November 10, 2010

KEK COKLAT

KEK COKLAT YANG DAH DIPOTONG


Assalamualaikum nie kek coklat untuk kakak datang rumah biasa la anak dia nak makan kek coklat so buat aje la.... Apa pun selamat menjamu selera... Minta maaf ye hiasan tak cantik main ambil aje gambar...

Tuesday, November 9, 2010

APAM PISANG

APAM PISANG YANG TELAH DIKELUARKAN PADA BEKAS

APAM PISANG DALAM BEKAS

Apam pisang lagi... apam pisang nie , resipi dari k.yatie tapi qira buat tak berapa jadi biasa la derhaka pada resipi, pisang orang suruh bubuh 2 biji qira bubuh sampai 4 biji besar2 pulak... maklumlah takut pisang busuk macam tue, tue sebabnya masuk pisang lebih... Itulah punca dan peyebabnya.... Akak qira minta halal resipi ye kerana copy dari akak punya blog...

APAM PISANG
Bahan ( 10 biji acuan apam ) :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 cawan gula
  • 2 biji pisang ranum ( dilecek)
  • 1 biji telur
  • 50ml minyak masak
  • secubit garam
Cara :
  1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. Selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
  2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.
  3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Sunday, November 7, 2010

AYAM MASAK LEMAK CILI API

Ayam masak lemak cili api

Sayur Gobis goreng Sos Tiram

Assalamualaikum kwn2 nie masak lemak cili api ayam untuk tgh bersambung makan malam biasa la masak lebih sikit untuk malam sekali, cuma malam saya tambah gobis goreng sos tiram aje... nie resipi masak lemak cili api ayam yang biasa qira buat kat rumah.... layan saje la ye resipi yang tak seberapa nie... op telupa resipi sayur gobis goreng nie saya tak letak ye maklumla resipi simple sangat...

MASAK LEMAK CILI API
BAHAN2

12 ketul ayam yang dah potong
1/2 inci lengkuas - di ketuk sedikit
1 btg serai- Di ketuk sedikit
2 biji cili merah - Di tumbuk Halus
8 biji cili padi kampung - Di tumbuk Halus
1/2 inci kunyit hidup - Di tumbuk Halus
1 helai daun kunyit
garam dan serbuk perasa
Santan agak ye..
3 biji ubi kentang

CARA
Mula masukkan bahan yang telah di tumbuk halus kedalam periuk dgn 3 biji ubi kentang yang telah di potong, serta bahan yang di ketuk sekali...... kita masukkan santan cair sedikit untuk lembutkan ubi, apabila ubi agak nak lembut masukkan ayam dan santan pekat serta serbuk perasa dan garam serta simpul daun kunyit dan masukkan sekali ke dalam periuk tadi... akhir sekali bila dah masak boleh la dihidangkan...


CORNFLAKE MADU

Salam kawan2 nie cornflake madu daripada resipi nuanz.. nuanz sedap cornflake madu nie apa pun qira minta copy resipi nie dan minta halal..
CORNFLAKE MADU
sumber:Nuanz

Bahan
90 g butter
1/3 cawan madu
1 sudu besar gula- (Qira ganti dgn gula perang)
4 cawan cornflakes
1/4 cawan badam cincang- optional
1 sudu besar bijan -optional (Qira Tak Masukkan)


cara:

goreng badam dan bijan dlm kuali jap (tanpa minyak) -ketepikan
(aku bakar je dlm 5 mnt)
campurkan butter + gula + madu
panaskan hingga butter dan gula hingga cair
tutup api
masukkan badam, bijan dan cornflake
gaul rata
isikan dlm paper cup
bakar sekejap

(nk ikutkan kena bakar 10 mnt
tp abis cornflake tu melekat2 kat paper cup tu
sudahnya aku bakar 2 3 mnt je
lagpun, nk satukan cornflake tu je..huuuu....)

Monday, November 1, 2010

APAM SALJU

APAM YANG BELUM DILETAK KELAPA

APAM YANG SUDAH LETAK KELAPA

Apam lagi.. sebenarnya apam salju nie dah lama dalam simpanan, punya la bz tue tak sempat nak masuk dalam blog.. resipi nie qira dapat dalam blog kak yati, sebelum qira berceloteh panjang2 qira ucapkan terima kasih kerana memberi resipi yang mudah dan sedap pulak apamnya, Tetapi biasala tuan punya resipi cantik aje apam, qira punya apam tak seberapa janji sedap... kak yati qira copy resipi nie dan minta halal....

APAM SALJU
Sumber: kak yati (sumber kehidupan)
Bahan-bahannya.


2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar -(Qira Tak letak)
3/4 cwn gula pasir-(Qira ganti 1 cawan gula pasir)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.