BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Tuesday, November 9, 2010

APAM PISANG

APAM PISANG YANG TELAH DIKELUARKAN PADA BEKAS

APAM PISANG DALAM BEKAS

Apam pisang lagi... apam pisang nie , resipi dari k.yatie tapi qira buat tak berapa jadi biasa la derhaka pada resipi, pisang orang suruh bubuh 2 biji qira bubuh sampai 4 biji besar2 pulak... maklumlah takut pisang busuk macam tue, tue sebabnya masuk pisang lebih... Itulah punca dan peyebabnya.... Akak qira minta halal resipi ye kerana copy dari akak punya blog...

APAM PISANG
Bahan ( 10 biji acuan apam ) :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 cawan gula
  • 2 biji pisang ranum ( dilecek)
  • 1 biji telur
  • 50ml minyak masak
  • secubit garam
Cara :
  1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. Selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
  2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.
  3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

3 comments:

  1. Salam Qira....Kak Lin Nak Tapau Apam Pisang Ni Boleh? Hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Qira,
    Akak tngk jadi je apam tu...gebu dan cantik tersenyum je...Qira boleh letak pisang lebih, tapi bhn2 yg lain pun kena gandakan...itu je..

    Psst= akak mmng peminat kuih apam tau...Qira suka gak ke....hi3..

    ReplyDelete
  3. Kak Lin Apam Pisang nie dah habis maklum la buat satu adunan aje... lain kali ye... ha ha ha

    Kak Yatie qira rasa macam tak jadi aje, tapi tuan punya resipi cakap ok lain kali boleh qira buat lagi..qira belajar buat apam dari resipi akak yatie nie la, sebelum nie beli aje memang suka apam tapi tak pandai... terima kasih byk2 dekat resipi yang akak kasi dan juga kpd tuan punya resipi...

    ReplyDelete