BLOG BARU FAKRUZA BORONG ONLINE

Followers

Saturday, November 13, 2010

KEK MARBLE SUSU



Assalamualaikum.. nie kek marble susu yang di oder oleh kawan qira untuk di makan kat rumah.... biasa la kawn qira tue nak juga suruh qira buat kek marble, apalagi hentam aje la kek marble susu tue... terima kasih kak zah kerana sudi oder kek marble kat qira......

KEK MARBLE SUSU
SUMBER:Izahdaut

Bahan-Bahannya :-)
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus - qira kurang kan 200 g
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

No comments:

Post a Comment